1.
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu
menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga
maupun untuk dijual.
2.
Setiap kali pulang
ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk
dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu
isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di
rumah, beliau selalu membantu
urusan
rumahtangga.
3.
Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat
pula kembali sesudah selesai sembahyang.'
4.
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu
itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun
tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum
ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina
'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak
serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata,
'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal
di raut wajah baginda.
5.
Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul
isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas
dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi
nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak menanyakan
alasanmu,' sahut Nabi
s. a.. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan
ibu kepada anak-anakmu?'
6.
Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan
lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan rendah hati baginda dalam
menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya
sebagai pemimpin umat..
7.
Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah
melekat dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa kesombongan.
8.
Seolah-olah anugerah
kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa
lebih dari yang lain, ketika di depan ramai maupun dalam kesendiriannya.
9.
Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi
berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan
pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
10.
Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya
oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga?
Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya
'Aisyah, apakah aku tak boleh menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'
No comments:
Post a Comment